

Fahami Bahasa Al-Quran dan Hidupkan Maknanya Dalam Diri Anda
Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Zulkiflee Bachik, ketenangan sejati bermula dengan kembali kepada Allah dan Kitab-Nya.

Setiap hari, jiwa kita diuji dengan keresahan, tekanan, dan emosi negatif—sebagaimana disebutkan dalam Surah Al-Ma’arij. Artikel ini mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi penawar (syifa) yang Allah turunkan khusus untuk manusia.
Program kami di [QLME] dibina atas prinsip ini.
Melalui program ini anda akan melalui secara bertahap
1. Apa yang Allah bicara - Terjemahan & Per kata
2. Bagaimana Allah bicara - Susunan Bahasa AlQuran
3. Apa kesan hati selepas memahami bicara Allah - Tadabbur
Program kami di [QLME]
dibina atas prinsip ini.
Melalui program ini anda akan melalui secara bertahap
1. Apa yang Allah bicara -
Terjemahan & Per kata
2. Bagaimana Allah bicara -
Susunan Bahasa AlQuran
3. Apa kesan hati selepas memahami
bicara Allah - Tadabbur

Baca Al-Quran tapi tak faham maksud

Rasa kurang kusyuk semasa solat

Pernah cuba belajar, tapi tidak konsisten

Rasa rendah diri kerana umur dah meningkat
"dihayati dan disemat"
Al Quran bukan hanya utk dibaca tetapi yang penting dihayati dan disemat di dada.
Subhanallah, kata2 Ustaz yang selalu menjadi peringatan.
Boleh tersentuh dan sebak bila kita tadabbur kan ayat2 cinta Allah swt.
Subhanallah, Alhamdulillah. Allahu Akbar.
Norlizah Naemat

"perubahan pd sholat"
Saya juga bersyukor sgt2 dpt mengikuti klas ini yg memberi byk perubahan pd sholat saya yg selama ni saya sholat tanpa memahami
maknanya ...setelah mengikuti klas ni saya lebeh yakin dan makun dekat diri saya dgn Allah....alhamdullillah....
*makin dkt diri saya dgn Allah
Raja Aminah

"amat2 terkesan"
Subhanallah. Saya amat2 terkesan
membaca makna di sebalik hazaf
ini. Terima kasih byk2 ustaz.
Semoga ustaz sentiasa dirahmati
Allah dan dikurniakan kesihatan
dan keimanan selalu utk
menyebarkan pesanan-pesanan
dan mukjizat al-Quran ini. Amin!
Anonymous







Program QLME membimbing anda menguasai tadabbur Al-Quran melalui pendekatan sistematik—dari asas nahu hingga tafsir mendalam, dengan gabungan teori, amali, dan refleksi.
Modul 1:
Asas Kalimah & Struktur Ayat
Pelajari pecahan kalimah (isim, fi’il, huruf), tanda-tanda nahu, dan aplikasinya dalam Surah Al-Fatihah. Setiap minggu disertai kuiz dan tadabbur bahasa dari kitab At-Tahrir wa At-Tanwir.
Modul 2:
Formula Ayat & Analisis Surah Al-Baqarah
Fahami perbezaan jumlah ismiyah dan fi’liyah, gaya bahasa Al-Quran, serta latihan mengenal pasti pola dalam ayat 1-5 Surah Al-Baqarah.
Modul 3:
Seni Intonasi (17 Kaedah 5R)
Praktik intonasi tartil dalam Surah At-Takathur (ayat 1-8) untuk penghayatan makna yang lebih mendalam.
Modul 4:
Tadabbur Surah Al-Asr & Al-‘Adiyat
Gabungkan intonasi dengan analisis struktur ayat dan konteks sejarah dalam Surah Al-Asr dan Al-‘Adiyat.
Modul 5:
Sorof & Tasrif (Surah Ash-Sharh)
Kuasaikan wazan kata kerja (fi’il) dan aplikasinya dalam Surah Ash-Sharh, dilengkapi carta tasrif dan latihan pengukuhan.
Modul 6-7:
Tadabbur Surah Al-Mulk
Kaji variasi makna satu perkataan dalam pelbagai konteks (corpus) dan terapkan Kaedah 5R untuk tadabbur Surah Al-Mulk ayat 1-29.
Modul 8: Aplikasi Lengkap (Surah Yasin)
Satukan semua ilmu dalam tadabbur Surah Yasin ayat 1-60, dengan panduan langkah demi langkah menggunakan Kaedah 5R.
Pelajar yang menamatkan program QLME akan menerima sijil pengesahan.
Walaupun QLME bukan syarat wajib untuk ARS, ia memberi asas yang kukuh sebelum menyambung ke tahap lebih tinggi seperti pensijilan ARS (Tier 2).

Setelah berjaya menamatkan semua 8 modul (48 sesi), pelajar akan menerima Sijil Penyempurnaan QLME yang mengesahkan penguasaan asas tadabbur Al-Quran dan ilmu nahu.
Sijil QLME merupakan prasyarat untuk mendaftar dalam program ARS Quran Certification, yang menawarkan pengajian lebih mendalam dalam tafsir, balaghah, dan analisis Quranik.

Diiktiraf
Diiktiraf MUIS di bawah program IECP (Islamic Education Centres & Providers)

Al-Zuhri
Lanjutan meneruskan ke pengajian diploma selepas program terpilih AtTartil QI

Assyafaah
Kolobarasi kerjasama program AlQuran untuk masyarakat - Belajar dan mengajar keluarga anda

Bukti komitmen
Bukti komitmen jitu dalam usaha mendalami, memahami, dan menguasai bahasa Al-Quran
Boleh. Program ini sesuai untuk tahap pemula.
Ya, pelajar kami terdiri dari umur 20-an hingga 70-an.
Sekali seminggu, setiap hari Selasa pagi.
Tiada ujian. Fokus utama ialah kefahaman dan penghayatan.

Ustaz Zulkiflee Bin Bachik, Founder and Director of Attartil, is highly respected among his students and peers for his humility and commitment to teaching. Known for staying out of the limelight and focusing on his students, he has built a reputation for excellence and sincerity. Even with minimal social media presence, his students, partners, and regional institutions speak highly of his quality teaching and gentle, approachable manner.
Ustaz Zulkiflee holds a prestigious Quran recitation certification with sanad & tajweed from Ma’had IQRA Egypt, awarded by his esteemed teachers. He has also excelled in the Imam Course by MUIS and achieved top marks in his Tahfizul Quran studies. Through Attartil, Ustaz Zulkiflee aims to make Quranic literacy accessible to all, guiding learners to understand and connect deeply with the Quran.



AtTartil Quranic Institute (AtTartilQI) telah menganjurkan lebih 20 pengambilan pelajar dalam Program Qur’anic Language Made Easy (QLME) — dan kesannya sangat besar.
Ramai peserta datang tanpa asas Bahasa Arab, tetapi selepas mengikuti QLME, mereka mula faham apa sebenarnya yang Allah sedang sampaikan dalam Al-Quran.
Mereka bukan sekadar membaca terjemahan atau menggunakan kamus,
tetapi belajar bagaimana susunan Bahasa Al-Quran itu sendiri menyentuh hati.
Setiap ayat, setiap perkataan – kini ada makna yang jelas dan mendalam.
Ini adalah kekuatan tadabbur yang sebenar.
Kami mahu bukan sahaja membantu mereka faham,
tetapi juga menyebarkan ilmu itu ke generasi seterusnya.

Pengambilan ke-21 kini dibuka! Tempat terhad. Daftar sekarang dan mula fahami ayat-ayat Al-Quran dengan yakin dan tenang.